awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri mahu pulang raikan Hari Gawai maut

Rohana Wahed
Rohana Wahed
28/05/2018
08:28 MYT
Suami isteri mahu pulang raikan Hari Gawai maut
Pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan mayat kedua-duanya dihantar Hospital Serian untuk tindakan lanjut.
Pasangan suami isteri maut selepas tercampak ke bahu jalan apabila motosikal yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kampung Gedong, Serian Sarawak hari ini.
Kedua-dua mangsa Simon Pulin, 41 dan Jolia Asoi 39 berasal dari Kampung Batu Pengansah itu yang sepatutnya meraikan sambutan Gawai Dayak empat hari lagi meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, sebelum kejadian pada jam 10.25 pagi itu, motosikal dinaiki pasangan itu hilang kawalan dan bertembung sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Impak pertembungan menyebabkan motosikal terbakar sebelum kedua-dua tercampak ke bahu jalan dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu.
Pasangan suami isteri ini dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk merayakan Hari Gawai.
Pasangan suami isteri ini dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk merayakan Hari Gawai.
Jelasnya, pasukan bomba menerima laporan kemalangan itu pada pukul 10.28 pagi sebelum tujuh anggota bomba dari Serian bergegas ke tempat kejadian.
Pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan mayat kedua-duanya dihantar Hospital Serian untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#bahu jalan
#Hospital Serian
#Kampung Gedong
#maut
#motosikal
#rempuh lori
#Sarawak
#Serian
#suami isteri
#terbakar
#Tiong Ling Hii
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan