awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri mangsa bunuh di Merbok selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
27/03/2026
14:54 MYT
Suami isteri mangsa bunuh di Merbok selamat dikebumikan
Suasana pilu menyelubungi apabila ahli keluarga dan kenalan terdekat hadir menziarahi pusara Allahyarham Zikri Abdul Rahman, dan isterinya, Suraya Man, yang ditemui maut di kediaman mereka di Kampung Belau, Merbok. - Gambar Bernama
Jenazah pasangan suami isteri mangsa bunuh di Kampung Belau, Merbok selamat dikebumikan pada 9 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Atiq, di sini.
Dua kenderaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa jenazah Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53, tiba di masjid berkenaan pada 7 malam, selepas dituntut keluarga dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar petang tadi.
Kira-kira 300 orang terdiri daripada saudara mara dan penduduk kampung hadir pada upacara pengebumian yang bermula selepas solat maghrib.
Anak tunggal Zikri, Mohammad Shahmi, 24, seorang anggota tentera yang bertugas di Kuala Lumpur ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu bual.
Semalam media melaporkan tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis di rumah mereka di kampung berkenaan.
Jenazah anak kepada mangsa wanita, yang merupakan suspek kes itu, dikebumikan petang semalam selepas selesai bedah siasat dijalankan di hospital yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HSB
#mangsa bunuh
#tragis
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan