awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami mangsa bunuh direman seminggu

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2021
05:32 MYT
Suami mangsa bunuh direman seminggu
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, lelaki berusia 72 tahun itu direman bermula Selasa sehingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan.- Gambar hiasan
GOPENG: Suami kepada wanita warga emas yang ditemui mati dengan kesan kelar di Taman Desa Cahaya, di sini pada Isnin ditahan reman selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, lelaki berusia 72 tahun itu direman bermula Selasa sehingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan.
"Suspek tiada rekod lampau namun ujian urin dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Warga emas OKU ditemui mati, ada kesan kelar di leher
Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 74 tahun ditemui mati di atas katil di sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu oleh cucunya kira-kira jam 7.30 pagi dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh oleh suaminya pada Isnin.
Mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lumpuh separuh badan tinggal berdua bersama suaminya di rumah berkenaan.
Polis telah menahan suami mangsa serta merampas senjata ditemui iaitu sebilah pisau berulu kayu untuk siasatan lanjut.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Suami mangsa bunuh direman seminggu
Topic Berkaitan
#bunuh
#kelar isteri
#Gopeng
#warga emas
#OKU
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan