awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subjek sejarah peperangan mampu pupuk semangat patriotik

Bernama
Bernama
08/10/2015
01:17 MYT
Subjek sejarah peperangan mampu pupuk semangat patriotik
Peperangan adalah sejarah yang perlu dipelajari dan difahami kerana peperangan boleh mengubah peradaban sesebuah bangsa dan negara. -Gambar hiasan
Pengenalan subjek sejarah peperangan di negara ini mampu memupuk semangat kesetiaan dan patriotik dalam kalangan pelajar terhadap negara.
Pengarah Kanan Institut Pengajian Eksekutif Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kol (B) Sofian Kamaruddin berkata sejarah akan membuatkan individu menghargai dan mencintai negara sendiri.
"Sejarah peperangan di Malaysia mempunyai nilai dan faktor yang boleh dipelajari dengan lebih mendalam mengenai apa yang berlaku semasa peperangan tersebut.
"Negara kita sahaja satu-satunya negara yang berjaya menewaskan komunis, faktor berkaitan budaya peperangan kita sangat penting dan perlu dipelajari," katanya ketika ditemui Bernama selepas program Simposium Kesetiaan dan Patriotisme di sini pada Rabu.
Menurut beliau peperangan adalah sejarah yang perlu dipelajari dan difahami kerana peperangan boleh mengubah peradaban sesebuah bangsa dan negara.
Turut hadir pada simposium berkenaan ialah Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Topic Berkaitan
#Institut Pengajian Eksekutif Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#komunis
#perang
#sejarah
#sekolah
#Sofian Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan