awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subramaniam akan terus kekal bertanding di Segamat

Bernama
Bernama
17/02/2013
13:31 MYT
Subramaniam akan terus kekal bertanding di Segamat
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan artikel di sebuah laman berita online semalam, yang menyebut beliau akan digugur daripada bertanding di kerusi Parlimen Segamat, sebagai laporan tidak berasas dan satu perbuatan nakal.
Menteri Sumber Manusia itu berkata perkara tersebut tidak pernah dibincang pada mana-mana perbincangan di peringkat tertinggi pimpinan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata pada perbincangan sebelum ini, 85 peratus wakil rakyat MIC akan dikekalkan dan hanya sebilangan kecil perubahan dilakukan bagi memastikan kemenangan BN.
"Ia sesuatu yang tidak betul. Mungkin dia mengambil kenyataan daripada seseorang lalu terus menjadikannya sebagai bahan berita," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Kem Kesihatan anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Negara di Dewan Serbaguna Pekan Batu Anam di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media alternatif itu yang menyebut beliau akan digugur daripada dicalon semula mewakili BN bagi kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pada PRU 2008, Subramaniam, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Segamat, menewaskan calon DAP Pang Hok Liong dengan majoriti 2,991 undi.
Sehubungan itu, beliau meminta Malaysian Insider memperbetul laporan tersebut kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik terhadap dirinya dan BN.
Dalam pada itu, Subramaniam berkata sebagai anggota Parlimen Segamat, beliau telah mendekati pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kaum Cina, dalam usaha mempertingkat sokongan masyarakat tersebut kepada BN.
"Malam tadi misalnya, kita telah mengadakan majlis makan malam bersama lebih 1,000 anggota Dewan Perniagaan Tiong Hua dan saya fikir mereka boleh menilai sendiri perkhidmatan kami," katanya.
Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin melihat sokongan kaum Cina dipertingkat pada PRU-13.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Razak
#Dr S. Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan