awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM

Subsidi diesel: Penduduk Sabah hargai keprihatinan kerajaan

Bernama
Bernama
05/04/2026
04:42 MYT
Subsidi diesel: Penduduk Sabah hargai keprihatinan kerajaan
Keunikan geografi dan cabaran infrastruktur antara faktor menyumbang kepada penggunaan kenderaan diesel yang meluas di Sabah. - Gambar hiasan/Bernama
Penduduk di Sabah menyifatkan kerajaan prihatin dengan keperluan meluas penggunaan diesel di negeri ini apabila mengekalkan subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter berbanding RM6.02 di negeri-negeri di Semenanjung.
Keunikan geografi dan cabaran infrastruktur antara faktor menyumbang kepada penggunaan kenderaan diesel yang meluas di Sabah.
Penjual hasil laut, Ruslih Mohd Kassim, 47, dari Kampung Pasir Putih berkata inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan "kelonggaran" harga diesel subsidi lebih murah di sini memperlihatkan sisi pemimpin memahami suara hati penduduk Sabah.
“Kita juga faham keadaan semasa, tetapi kita berharap harga subsidi ini dikekalkan di Sabah melihat kepada keluasan negeri, perjalanan ditempuh beratus kilometer untuk ke sesuatu tempat dan keadaan jalan raya mencabar menyebabkan kenderaan diesel diguna dengan meluas.
“Saya sendiri pengguna bahan api ini untuk kereta, kerana memudahkan mengangkut dan menghantar bekalan hasil laut ke restoran di sekitar ini, dan bekalan ke Kota Kinabalu, jadi kos beli bahan api ini dalam sebulan RM400, tetapi kalau aktif menghantar, lebih RM100 untuk tiga hari saja,” katanya.
Pendapat sama turut dikongsikan penjual udang di pasar Jalan Dunlop, Zulfahmi Samir, 25, bahawa kos membeli bahan api itu tinggi ditambah lagi jika ada penghantaran bekalan udang ke Kota Kinabalu yang jaraknya melebihi 500 kilometer dan masa perjalanan mencecah hingga 10 jam.
“Kalau ke Semporna, ambil bekalan sahaja boleh RM50 untuk ulang-alik, manakala beli diesel lebih RM100 untuk ke Kota Kinabalu, dalam sebulan ke Kota Kinabalu sahaja lebih dua kali," katanya.
Zulfahmi berkata dia bersyukur harga diesel di Sabah masih rendah berbanding di Semenanjung, dan berharap kerajaan dapat mengekalkan harga subsidi ini.
Bagi penduduk Semarak Jaya yang juga penjual buah, Firma Ahmad Lasi, 29, dia menanggung kos yang tinggi untuk mengisi minyak diesel kenderaannya dengan lebih RM100 dikeluarkan untuk seminggu.
“Ada juga hari-hari perlu mengisi minyak sebanyak RM100 kerana perjalanan yang jauh untuk ambil buah, misalnya perjalanan lebih 300 kilometer dari Tawau ke Keningau.
“Diesel dikira sebagai nadi untuk pergerakan dan kelancaran berniaga, hantar dan ambil buah, berjaja buah di tepi jalan, saya harap kerajaan boleh kekal harga minyak diesel ini, jangan naik, rakyat pun rasa terbela,” katanya.
Peniaga pusat cucian kereta Mohd Shah Rizan Ilham, 32, dari Kampung Muhibbah berkata langkah kerajaan mengekalkan harga subsidi lebih murah di sini dihargai kerana jika diselaraskan dengan Semenanjung, banyak perniagaan kecil di Sabah akan terjejas dan gulung tikar.
“Di Sabah, pengangkutan utama ialah diesel, jadi banyak impak kepada pengguna di bawah jika harga dinaikkan, secara langsung barang akan mahal. Kelengkapan mencuci kereta diambil sendiri di Kota Kinabalu dan kos diesel untuk perjalanan sehala dari Tawau sebanyak RM150," katanya.
Bagi pemilik kedai runcit di Batu 2, Muhammad Irwan, 50, pula dia melihat bantuan kerajaan untuk subsidi diesel yang lebih murah di Sabah penting untuk memastikan harga barang stabil dan tidak melonjak naik.
“Saya sendiri mengambil dan menjual barang, mujur jarak perjalanan dekat, jadi sehari untuk ambil barang itu guna dalam dua liter diesel sahaja, hasil langkah kerajaan untuk Sabah ini dinikmati semua penduduk negeri ini,” katanya.
Nelayan di Batu Payung, Mohd Rosman Jumat, 38, menyifatkan harga subsidi diesel yang lebih murah bukan hanya membantu nelayan bot besar, tetapi seluruh komuniti termasuk pekebun, peladang dan perusahaan kecil di sini yang menggunakan kenderaan diesel untuk menghantar hasil ke kilang.
Turut senada, Fadilah Abu Rairah, 48, yang berpuas hati dengan harga diesel serta petrol di Sabah dan menyifatkan langkah kerajaan mengekalkan subsidi itu amat melancarkan kegiatan mereka sebagai nelayan untuk turun ke laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#subsidi
#Sabah
#nelayan
#peniaga
#Kerajaan Prihatin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.