awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudan isytihar wabak kolera berakhir selepas 18 bulan

Bernama
Bernama
04/03/2026
17:01 MYT
Sudan isytihar wabak kolera berakhir selepas 18 bulan
Menurut statistik terdahulu, Sudan merekodkan lebih 100,000 kes di seluruh negara termasuk kira-kira 2,408 kematian antara Julai 2024 hingga 21 Dis 2025. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Sudan pada Rabu secara rasmi mengisytiharkan negara itu bebas daripada wabak kolera selepas memenuhi piawaian saintifik serta Peraturan Kesihatan Antarabangsa susulan penularan wabak berkenaan selama 18 bulan.
“Sejak 14 Jan lepas, tiada kes direkodkan di mana-mana negeri. Berdasarkan data saintifik dan Peraturan Kesihatan Antarabangsa, Sudan kini bebas daripada wabak kolera,” kata Ketua Direktorat Kecemasan Kesihatan dan Kawalan Wabak kementerian itu, Montasir Mohamed Osman kepada Xinhua.
Osman menjelaskan, kriteria ketat untuk mengisytiharkan tamatnya penularan kolera termasuk dua tempoh pengeraman penuh tanpa kes baharu, pemberhentian penularan tempatan yang disahkan, tiada rantaian jangkitan aktif serta tiada lagi kawasan panas jangkitan baharu dalam komuniti atau penyebaran geografi.
“Kami boleh mengesahkan bahawa Sudan bebas daripada wabak itu, kecuali sekiranya terdapat kes yang datang dari luar negara,” tambah beliau.
Kementerian Kesihatan menjalankan usaha pembendungan secara meluas termasuk memberikan 20 juta dos vaksin, melaksanakan kira-kira 100 kempen perubatan serta mengadakan 130 mesyuarat bilik kecemasan pusat bagi memantau situasi epidemiologi, kata Osman.
Sudan pertama kali mengumumkan penularan wabak kolera pada Ogos 2024.
Menurut statistik terdahulu, negara itu merekodkan lebih 100,000 kes di seluruh negara termasuk kira-kira 2,408 kematian antara Julai 2024 hingga 21 Dis 2025.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Sudan
#wabak kolera
#bebas kolera
#Kementerian Kesihatan Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan