awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy

Bernama
Bernama
16/01/2025
20:00 MYT
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluaskan dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini, kata Saraswathy. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluaskan dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy berkata, kementeriannya juga berhasrat melibatkan lebih ramai peserta bagi acara itu, selain turut menganjurkan program lain yang dapat memupuk nilai perpaduan dan kepelbagaian terutama dalam kalangan belia.
"Bagi tahun ini, kita akan mengenal pasti acara yang lebih menarik untuk belia dan fokus untuk mempromosikannya.
"Kita juga menganjurkan Sukan Perpaduan yang melibatkan pasukan pelbagai etnik bagi menggalakkan interaksi yang lebih baik. Tahun lepas lebih 23,000 orang mengambil bahagian, kami harap jumlahnya lebih besar tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Ponggal Perpaduan di Kuil Sri Maha Mariamman Bukit Kiara, di sini, pada Khamis.
Saraswathy berkata, walaupun Ponggal disambut khusus oleh masyarakat India di seluruh negara, keunikan perayaan di Malaysia terletak pada penyertaan oleh semua masyarakat.
"Kami berharap untuk menggalakkan penglibatan lebih besar daripada semua kaum agar makna amalan budaya ini dapat difahami dengan lebih baik," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan perpaduan
#k sarswathy
#peserta
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan