awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
03:07 MYT
Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima menghadap Fahmi di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada Isnin. Pada sesi berkenaan, Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan mengenai pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025). - Gambar Facebook Sult
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan dipersembahkan mengenai pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025) dalam satu sesi menghadap di Istana Bukit Tunku, di sini.
Menurut hantaran dalam akaun media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pembentangan tersebut dikemukakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang memaklumkan Seri Paduka Baginda mengenai perincian undang-undang baharu itu, termasuk langkah-langkah keselamatan digital yang bakal dilaksanakan.
Hantarn tersebut berkata, ONSA 2025 digubal bagi memastikan persekitaran Internet yang lebih selamat khususnya untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab jelas kepada platform dalam talian untuk melindungi pengguna.
Akta itu turut memperkenalkan mekanisme pengesahan umur (age verification) bagi menghadkan kanak-kanak di bawah usia 16 tahun daripada membuka akaun media sosial, bertujuan melindungi keselamatan mereka daripada risiko kandungan serta interaksi berbahaya.
Fahmi berkata, pelaksanaan akta tersebut juga penting dalam menangani penyalahgunaan platform digital, termasuk isu akaun palsu yang menyasarkan Raja-Raja Melayu dan kerabat Diraja.
Sesi menghadap itu merupakan sebahagian daripada penyampaian perkembangan berkala kepada Seri Paduka Baginda mengenai inisiatif kerajaan dalam memastikan keselamatan siber negara.
Topic Berkaitan
#Yang di- Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#ONSA 2025
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan