awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim murka pemburuan haram semakin berleluasa di Johor

Bernama
Bernama
09/08/2020
13:17 MYT
Sultan Ibrahim murka pemburuan haram semakin berleluasa di Johor
Sultan Ibrahim zahir kekecewaan kerana tiada tindakan diambil sekalipun pernah beberapa kali membangkitkan tentang isu sebelum ini. - Foto/Facebook
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka kerana aktiviti pemburuan haram masih berlaku di beberapa kawasan hutan di negeri itu dengan yang terbaharu dipercayai malam tadi.
Baginda yang turut menzahirkan kekecewaan kerana tiada tindakan diambil sekalipun pernah beberapa kali membangkitkan tentang isu pemburuan haram itu sebelum ini, mahu pihak berkenaan menyiasat kejadian tersebut.
"Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya mahu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta polis segera menjalankan siasatan dan sediakan satu laporan penuh berhubung kejadian malam tadi.
"Kesemua pemburu ini dipercayai memiliki senjata berupa senapang patah buatan sendiri," titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah baginda menerima maklumat berserta gambar mengenai aktiviti pemburuan haram berskala besar itu dan mahu dalang di sebalik kegiatan berkenaan serta mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan.
"Berdasarkan maklumat awal, antara lokasi pemburuan haram ialah di Endau-Rompin, Mersing dan Kahang. Haiwan yang diburu secara besar-besaran termasuk kancil dan landak yang disyaki dijual untuk tujuan perubatan tradisional," titah Sultan Ibrahim.
Baginda juga mahu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti jika terdapat penglibatan "orang dalam" daripada Perhilitan dan polis yang membantu kegiatan haram itu.
"Saya mahu polis menjalankan audit mengenai pemilikan lesen senjata api di Johor termasuk individu, syarikat serta pemilikan perladangan. Mengapa ramai sangat memiliki senapang patah? Sudah tentu ia untuk memburu," titah baginda.
Titah Sultan Ibrahim, aktiviti pemburuan tidak dibenarkan di negeri itu kecuali untuk mengawal binatang liar di ladang atau kawasan pertanian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemburuan haram
#polis
#siasatan
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan