awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim titah JPS Johor, PBT kaji kawasan kerap banjir kilat

Bernama
Bernama
30/09/2021
08:27 MYT
Sultan Ibrahim titah JPS Johor, PBT kaji kawasan kerap banjir kilat
Sultan Johor turut menasihatkan penduduk khususnya mereka yang menetap di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan faktor cuaca tidak menentu pada masa ini. - Foto: Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk segera menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir di negeri ini.
Sultan Ibrahim bertitah agar kedua-dua pihak berkenaan supaya segera mempersembahkan laporan kajian tersebut.
Titah baginda, gangguan terhadap sistem saliran di longkang dan parit antara punca utama berlakunya banjir kilat ketika musim hujan.
“JPS Johor dan PBT perlu segera menjalankan kajian dan segerakan laporan kepada saya, agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.
“Taburan hujan yang tinggi akan menyebabkan berlaku banjir kilat seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta benda serta memberi kesan kepada penduduk,” titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Sultan Ibrahim turut menasihatkan penduduk khususnya mereka yang menetap di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang.
“Purata hujan yang tinggi berisiko menyebabkan berlakunya banjir kilat atau banjir di sesuatu kawasan. Oleh demikian penduduk perlu sentiasa berhati-hati.
“Pada masa sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PBT dan agensi keselamatan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan persediaan awal jika berlaku banjir,” titah baginda lagi.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#banjir johor
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan