awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor berkenan melantik TMJ sebagai Pemangku Raja

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/08/2019
04:29 MYT
Sultan Johor berkenan melantik TMJ sebagai Pemangku Raja
DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja. - Kredit: Royal Press Office
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik Anakanda baginda Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja Johor.
Dalam satu catatan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, Baginda Tuanku memaklumkan majlis itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pagi tadi.
“DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” menurut catatan itu lagi.
Sebagai rekod, pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan selari dengan Fasal 9 (1)(c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Bagaimanapun tidak dinyatakan mengapa perlantikan itu diperkenankan Baginda Tuanku, kerana kelazimannya sebelum ini, Pemangku Raja hanya dilantik apabila Sultan Johor berada di luar jajahan takluknya.
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#Jumaah Majlis Diraja
#Lantik TMJ
#pemangku raja johor
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#TMJ
#Tunku Ismail
#Undang-Undang Tubuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan