awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor pandu keretapi ke Kluang bertemu rakyat

Bernama
Bernama
11/07/2013
23:38 MYT
Sultan Johor pandu keretapi ke Kluang bertemu rakyat
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis memandu sendiri keretapi sejauh 50 kilometer menuju ke Stesen keretapi Kluang untuk bertemu rakyat.
Baginda dijadual akan berada di Kluang selama lima hari dan selain atas urusan peribadi Sultan Johor difahamkan akan turut mencemar duli meninjau bazar Ramadan untuk bertemu dengan rakyat.
Sultan Ibrahim sebelum itu tiba di Johor Baharu (JB) Sentral kira-kira pukul 2 petang dan disambut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir dan pegawai kerajaan negeri sebelum menuju ke gerabak untuk memandu keretapi Sinaran Selatan yang dinaiki kira-kira 150 penumpang.
Baginda yang kelihatan teruja untuk memandu keretapi berkenaan sempat bertitah kepada pemberita dengan menyatakan telah merancang perjalanan tersebut sejak bulan lepas.
Persediaan mental dan fizikal juga dilakukan untuk memandu keretapi berkenaan yang mengambil masa dua jam 15 minit untuk tiba di Kluang, titah baginda.
Ini merupakan kali kelima baginda memandu sendiri keretapi selepas mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jun 2010.
Topic Berkaitan
#keretapi
#Kluang
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan