awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kedah perkenan kurnia 1,200 kotak sumbangan

Astro AWANI
Astro AWANI
22/02/2026
03:19 MYT
Sultan Kedah perkenan kurnia 1,200 kotak sumbangan
Sultan Sallehuddin (tiga dari kiri) berkenan mengurniakan kotak sumbangan kurniaan Keluarga Diraja Kedah kepada wakil penerima pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan 1,200 kotak sumbangan kurniaan Keluarga Diraja Kedah kepada rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bertujuan untuk meringankan bebanan mereka.
Kurniaan yang berisi barangan keperluan asas diberikan kepada keseluruhan 12 daerah di Kedah, yang mana ia akan diagihkan menerusi Pegawai Daerah masing-masing.
Inisiatif itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan selain menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan.
Simbolik pengurniaan sumbangan itu diadakan semasa Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Sultan Kedah yang berlangsung di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pada Sabtu.
Turut berangkat Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail.
Majlis berkenaan dianjurkan bagi menzahirkan tanda penghargaan dan keprihatinan Sultan Kedah terhadap rakyat khususnya ketika bulan Ramadan.
Ia juga adalah untuk meneruskan tradisi institusi Diraja Kedah dalam mengeratkan hubungan dengan masyarakat.
Topic Berkaitan
#Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#kurniaan
#Keluarga Diraja Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan