Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar

Anwar berkata pada pertemuan itu beliau mempersembahkan perkembangan terkini mengenai isu-isu di dalam negara dan Terengganu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata pada pertemuan itu beliau mempersembahkan perkembangan terkini mengenai isu-isu di dalam negara dan Terengganu.
“Dalam sesi ini, saya berkesempatan menyembah maklum terkait perkembangan mutakhir negara serta negeri Terengganu Darul Iman.
“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” kata beliau dalam hantaran itu.
Beberapa gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan bersama hantaran tersebut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

