awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang dalam keadaan sihat - Adnan Yaakob

Bernama
Bernama
15/01/2018
12:37 MYT
Sultan Pahang dalam keadaan sihat - Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (tengah) beramah mesra dengan murid-murid ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Sekolah Anak Pahang 2018 di Felda Kemasul hari ini. --fotoBERNAMA
"Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dalam keadaan sihat, semua 'excellent'," tegas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini.
Kenyataan Adnan itu sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya baginda gering.
Ini berikutan penularan sebuah video yang memaparkan keadaan Sultan Pahang.
"Tuanku Sultan dari segi 'vital sign' iaitu tekanan darah, nadi dan sebagainya, serta 'systemic finding' seperti jantung, paru-paru, buah pinggang semuanya dalam keadaan terbaik.
"Tuanku boleh keluar walaupun kena bergerak atas 'wheelchair', ada masa Tuanku boleh berjalan... cuma atas faktor usia, Tuanku lebih suka naik wheelchair dan suka beristirehat sahaja," katanya.
Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Anak Pahang (BAP) di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.
Pada majlis itu seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi menerima bantuan persekolahan berupa wang tunai berjumlah RM200 tiap seorang.
Adnan berkata sebelum ini tugas memerintah negeri diberikan kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah bagi membolehkan baginda menimba pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Sebab itu tugas-tugas itu diberikan kepada anakanda baginda Tengku Abdullah," tegas Adnan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#gering
#istirehat
#Sultan Ahmad Shah
#Sultan Pahang
#Tular
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan