awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan berangkat ke majlis santapan sempena mesyuarat AIPACODD

Bernama
Bernama
10/06/2025
22:30 MYT
Sultan Pahang, Tengku Ampuan berangkat ke majlis santapan sempena mesyuarat AIPACODD
Al-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra dengan sebahagian delegasi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada Majlis Santapan Jamuan Malam sempena Mesyuarat Majlis Penasihat AIPA mengenai Dadah Berbahaya, malam tadi. - Gambar Bernama
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja bersempena dengan Mesyuarat ke-8 Majlis Penasihat Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) 2025, di sini, malam tadi.
Turut berangkat mengiringi baginda ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keberangkatan baginda berdua disambut Presiden AIPA merangkap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain.
Sejurus tiba, baginda berdua berkenan meluangkan masa melawat reruai yang mempamerkan kain tenun Pahang sebelum Al-Sultan Abdullah menyantuni para delegasi semasa majlis santapan itu.
Lebih istimewa, makan malam berkenaan dihidangkan dengan juadah tradisional Pahang antaranya patin buah bakar tempoyak, patin buah gulai tempoyak dan pemanis mulut seperti puding raja serta kuih pena.
Majlis santapan itu dianjurkan atas perkenan Al-Sultan Abdullah, sebagai simbol sokongan institusi diraja terhadap diplomasi antara Parlimen, demi ASEAN yang lebih selamat dan mampan.
Mesyuarat AIPACODD bertemakan Uniting Parliaments for an Inclusive and Sustainable ASEAN in Addressing Contemporary Drug Challenges, bermula Selasa membincangkan komitmen negara anggota ASEAN dalam menangani cabaran semasa berkaitan dadah secara kolektif dan terangkum selain isu jenayah siber dan pemerdagangan manusia.
Mesyuarat akan diteruskan hari ini dengan sesi perbincangan dan pengesahan resolusi rasmi AIPACODD, sebelum diakhiri dengan majlis penutupan dan ucapan penghargaan oleh wakil Filipina selaku tuan rumah mesyuarat akan datang.
Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Johari di Istana Abdulaziz, di sini, dan meluangkan masa hampir satu jam berbincang dan bertukar-tukar pandangan sebelum berkenan ke santapan tengah hari bersama-sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Mesyuarat AIPACODD
#Parlimen ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan