awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan lawat ICL Hospital Serdang

Bernama
Bernama
28/03/2022
05:09 MYT
Sultan Selangor berkenan lawat ICL Hospital Serdang
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli melawat Makmal Invasif Kardiologi Hospital Serdang hari ini. - Foto BERNAMA
SERDANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) yang menjadi pusat rujukan utama bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik kebangsaan, di sini.
Baginda tiba di Hospital Serdang yang menempatkan makmal berkenaan pada 10 pagi dan meluangkan masa hampir satu setengah jam di fasiliti berkenaan yang beroperasi sejak 2016.
Turut mengiringi lawatan sulung baginda ke hospital itu ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
ICL juga aktif dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit serangan jantung dengan mempelopori rangkaian ST-elevation myocardial infarction (STEMI).
Makmal berkenaan juga telah menjalankan lebih 50,000 prosedur invasif jantung termasuk angiogram dan angioplasti, implantasi perentak jantung, prosedur elektrofisiologi dan prosedur penyakit struktur jantung.
Sultan Sharafuddin turut diberi sembah taklimat mengenai pembangunan fasiliti kesihatan negeri Selangor yang disampaikan Khairy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Makmal Invasif Kardiologi
#ICL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan