awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor tunai solat Aidilfitri bersama rakyat

Bernama
Bernama
05/06/2019
02:54 MYT
Sultan Selangor tunai solat Aidilfitri bersama rakyat
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman bersama rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat negeri ini di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.
Turut sama berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris.
Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Sementara itu, dalam khutbah Aidilfitri bertajuk 'Menghayati Kemeriahan Aidilfitri' yang dibacakan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menyeru umat Islam membesarkan Allah dalam menghayati kemeriahan Aidilfitri.
Katanya lagi umat Islam hendaklah menyambut Aidilfitri dengan penuh ketaatan kepada Allah dan manjauhi perkara-perkara maksiat.
"Janganlah kita melenyapkan pahala amalan berpuasa dan berterawih semasa bulan Ramadan lepas, raikanlah Aidilfitri dengan melakukan amalan-amalan yang mulia.
"Suburkanlah amalan menziarah saudara-mara, adik-beradik dan sahabat-handai," katanya.
Selepas selesai menunaikan solat, baginda dan Tengku Amir turut berkenan bersalam bersama jemaah yang hadir.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#masjid tengku ampuan jemaah
#Norashikin
#solat sunat
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan