awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

Bernama
Bernama
20/04/2024
07:00 MYT
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi. -Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Polis Selangor pada 1971 dan berkhidmat selama dua tahun.
"Atas jasa dan bakti Allahyarham, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) pada 1992.
"Baginda berdua mendoakan semoga roh Allahyarham Mohammed Hanif dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," menurut hantaran itu.
Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang dilantik selaku Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Jan 1994.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#ucapan takziah
#Mohammed Hanif Omar
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan