awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271

Bernama
Bernama
11/02/2026
07:15 MYT
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 yang berlangsung di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara di sini.
Berangkat sama ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Pahang diwakili Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
Selain itu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, serta Timbalan Premier Sarawak turut hadir pada mesyuarat berkenaan.
Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271, di Istana Negara.
Kali terakhir mesyuarat itu diadakan pada 8 Oktober tahun lepas, dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Terengganu. mempengerusikan
#Majlis Raja-Raja
#Istana Negara
#Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan