awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
PM Pakistan ucap terima kasih kepada ketua PBB atas sokongan usaha keamanan
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan Asas Rahmah kembali bermula hari ini secara berperingkat

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
22/01/2024
04:39 MYT
Sumbangan Asas Rahmah kembali bermula hari ini secara berperingkat
Anwar berkata peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, berbanding 210,000 pada tahun lalu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bahawa Program Subsidi Bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat.
Pengumuman itu dimuat naik Anwar di laman media sosial miliknya pada Isnin.
Menurut Anwar, program SARA telah ditambah baik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, berbanding perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.
“Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, berbanding 210,000 pada tahun lalu.
“Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Kata Anwar lagi, kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#subsidi bersasar
#Sumbangan Asas Rahmah
#sara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan