awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai dan laut Balok bertukar merah, pendapatan penduduk terjejas

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2015
23:48 MYT
Sungai dan laut Balok bertukar merah, pendapatan penduduk terjejas
Muara Sungai Balok menjadi kemerahan selepas hujan lebat selama dua hari dipercayai akibat perlombongan bauksit. - Foto BERNAMA
Pertukaran warna air sungai dan Pantai Balok kepada warna oren kemerah-merahan yang mengganggu ekosistem mengakibatkan hasil lautnya merosot sejak tiga bulan lalu.
Situasi ini telah menyebabkan pendapatan 200 nelayan Kampung Balok terjejas.
Menurut Ketua Nelayan Kampong Balok, Raja Haris Raja Salim, ekosistem pantai berkenaan tergangu kerana pertukaran warna air tersebut.
Jelasnya, populasi ekosistem di laut itu telah beralih ke pantai lebih bersih selepas hujan lebat baru-baru ini.
Beliau juga berkata keadaan ini turut menyebabkan pendapatan purata nelayan hanya kira-kira 20 kilogram hasil laut untuk dijual berbanding 80 kilogram sebelum ini.
Lazimnya, nelayan di situ menangkap ikan, ketam, kepah dan lokan di Sungai Balok dan Pantai Balok sebagai sumber pendapatan mereka.
Namun bulan tiada pendapatan buat nelayan, Ali Mat.
“Dalam bulan ini tiada pendapatan langsung. Di laut merah, di darat pun merah, laut bahagian kapal pergi memancing berdekatan kapal itu merah juga,di sungai pun merah juga. Jadi tiada tempat sudah yang nak ditujui.”
Begitu juga nelayan tempatan, Dzuaini Muhammd, hasil laut di tempat berkenaan tidak pernah berbaloi kerana tidak cukup menampung kos hidup sehariannya.
“Pakcik pergi sana hanya seminggu atau dua minggu. Mahu pergi hari-hari namun tidak cuku membeli minyak.
“Sekali pergi sudah RM100 atau RM200 untuk kos minyak namun balik tiada hasil. Kalau ada pun hanya RM60, mana nak makan? Mana nak beli minyak?
Dengan pendapatan yang amat berkurangan ini, mereka berharap pihak berkuasa dapat memantau dan membersih pantai tersebut demi kelangsungan hidupan laut yang menjadi punca rezeki keluarga mereka.
Tinjauan mendapati perkara sama turut berlaku di Pantai Rekreasi Batu Hitam, Kuantan yang sebelum ini air lautnya berwana biru kehijau-hijauan.
Topic Berkaitan
#bauksit
#hasil laut
#kampong balok
#Kuantan
#Laut Merah
#Pantai Balok
#raja haris raja salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan