awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Selangkah umpama sungai kimia

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2019
11:45 MYT
Sungai Selangkah umpama sungai kimia
Pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim turut membimbangkan penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Selangkah, Pasir Gudang.
Malah, penduduk turut menggelar sungai berkenaan sebagai sungai kimia berikutan kedudukannya yang berdekatan dengan Sungai Kim Kim.
Penduduk Taman Puteri Resort turut mendakwa sisa bahan kimia di sungai berkenaan disyaki daripada kawasan kilang berhampiran.
Menurut Jasei Girim Me yang tinggal di kawasan itu sejak 10 tahun lalu mendakwa kilang yang memproses bahan sisa kimia itu dipercayai melepaskan bahan berkenaan ke Sungai Selangkah sebelum merebak ke Sungai Kim Kim.
Beliau berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera selepas laporan mengenainya telah dibuat sejak 2017.
“Bau kat sini kuat, dah banyak kali jiran buat (aduan) tapi tiada tindakan. Mungkin ada tindakan tapi sampai sekarang tak selesai lagi.
“Semalam saya telefon JAS (Jabatan Alam Sekitar) pusat, lepas tu dia cakap saya di Johor dan menyuruh saya hubungi bilik gerakan di Johor. Jadi saya pun hubungi bilik gerakan di Johor,” katanya.
Jasei turut menggesa supaya pemeriksaan dilakukan pada waktu malam kerana pada waktu baunya amat kuat hingga meloyakan penduduk.
“Kalau boleh pihak yang tak bertanggungjawab ni ditangkap dan dikenakan tegas.
“Anak-anak ada yang demam, batuk-batuk. Isteri pun selalu pening, kalua malam lagi kuat bau dia,” katanya lagi.
Tinjauan Astro Awani ke lokasi Sungai Selangkah turut mendapati wujud kesan sisa minyak sepanjang sungai berkenaan selain ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Topic Berkaitan
#Bencana Kim Kim
#Jabatan Alam Sekitar
#Jasei Girim Me
#Pasir Gudang
#pencemaran bahan kimia
#Sungai Kim Kim
#Sungai Selangkah
#Taman Puteri Resort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan