awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/07/2021
10:01 MYT
Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy
Khairy berkata, dianggarkan lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca COVID-19 akan menerima janji temu dalam masa terdekat. - Gambar fail BERNAMA
SEPANG: Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca daripada 12 minggu kepada sembilan minggu.
Menteri Penyelaras Program COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, dianggarkan lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca COVID-19 akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
“Saya ingin memaklumkan berdasarkan saranan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID- 19 (JKJAV) dan sumbangan vaksin oleh kerajaan Jepun, kita akan mengurangkan (tempoh pemberian) dos AZ dari 12 minggu kepada sembilan minggu.
“Jadi semua individu yang menerima vaksin AstraZeneca akan mendapat dos kedua dalam tempoh sembilan minggu.
“Mereka yang terlibat pada fasa pertama suntikan AstraZeneca pada bulan Mei akan menerima notifikasi janji temu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan satu juta vaksin itu yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun.
Hadir sama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka.
Terdahulu, pesawat penerbangan Japan Airlines JL073 yang membawa vaksin AstraZeneca (AZ) sumbangan kerajaan Jepun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.20 petang.
Sebelum ini slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka.
Topic Berkaitan
#vaksin AstraZeneca
#AstraZeneca
#Vaksin AZ
#suntikan dos kedua
#12 minggu
#9 minggu
#Khairy Jamaluddin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan