awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Selamat Aidilfitri: 5,544 anggota trafik digerak di seluruh negara
Isu tambang e-hailing akan dibincang Suruhanjaya Ekonomi Gig - Loke
Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti

Bernama
Bernama
28/02/2026
13:44 MYT
Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti
Ketika ditanya apa implikasi sekiranya Rafizi tidak menjawab surat berkenaan, Fuziah berkata notis itu adalah berkaitan keanggotaan Ahli Parlimen Pandan. - Gambar fail/Bernama
Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diberikan Surat Tunjuk Sebab berikutan tindakan beliau seakan-akan telah hilang kepercayaan terhadap parti, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata ia juga susulan kenyataan Rafizi bahawa beliau tidak mahu keluar parti pada masa ini kerana ia akan mencetuskan Akta Lompat Parti.
"Ya surat itu dikeluarkan dengan Fasal 9(1)(C) dalam Perlembagaan PKR, iaitu Fasal 9(1) berkenaan dengan pelucutan keanggotaan dan C pula berkenaan dengan pengisytiharan anggota itu sendiri bahawa beliau keluar parti," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Raja Alang Kampung Baru di sini hari ini.
Semalam, Fuziah dilaporkan berkata Rafizi diberi tempoh sehingga hari ini bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 bukan atas tiket PKR.
Fuziah ketika mengulas mengenai notis berkenaan berkata sehingga beliau hadir ke program berkenaan pihaknya masih lagi belum menerima jawapan daripada Rafizi, bagaimanapun beliau mempunyai tempoh sehingga tengah malam ini untuk berbuat demikian.
Ketika ditanya apa implikasi sekiranya Rafizi tidak menjawab surat berkenaan, Fuziah berkata notis itu adalah berkaitan keanggotaan Ahli Parlimen Pandan.
"Hasrat keluar parti kalau dibaca sebagai 'substantif' keluar parti walaupun tak ada surat ia punya implikasi besar sebab ia boleh mengakibatkan gugurnya keanggotaan, gugurnya keanggotaan boleh mengakibatkan gugurnya sebagai ahli parlimen. Jadi, sebab itu saya bagi peluang untuk jawab apa hasrat beliau sebenarnya," katanya.
Pada Khamis lepas, Rafizi mengesahkan menerima notis tunjuk sebab daripada PKR atas alasan beliau mengisytiharkan keluar parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surat tunjuk sebab
#PKR
#ahli Parlimen
#hilang kepercayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan