awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/08/2024
02:20 MYT
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Suspek ketika tiba di Mahkamah Alor Setar bagi mendapatkan perintah reman pada Selasa. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya yang dikelar di leher dan dibuang di dalam longkang di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala, di Alor Setar pada Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali, terhadap lelaki 43 tahun itu diperoleh di Lokap Mahkamah Alor Setar bermula hari ini sehingga 26 Ogos bagi polis melengkapkan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, warganegara asing itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang pada jam 9 malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan penemuan mayat seorang wanita dewasa berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada jam 5.04 petang di dalam longkang.
Menurut Siti Nor Salawati, siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mayat warganegara asing itu lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.
Katanya, bedah siasat ke atas kedua-dua mayat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pagi ini.
Topic Berkaitan
#suspek
#reman
#bunuh
#mayat dalam longkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan