awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek gangguan seksual dalam LRT berjaya diberkas polis

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2016
06:57 MYT
Suspek gangguan seksual dalam LRT berjaya diberkas polis
Suspek yang berusia lingkungan 44 tahun telah ditahan pada jam 11.15 pagi pada Ahad - Foto Facebook/Syima Mohamad
Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana telah berjaya menahan suspek yang disyaki telibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang telah diviralkan menerusi media sosial.
Suspek yang berusia lingkungan 44 tahun telah ditahan pada jam 11.15 pagi pada Ahad oleh anggota Polis Bantuan Prasarana sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni.
Suspek kemudianya dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana, Lim Jin Aun berkata, mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penahanan suspek.
Tangkapan ini dibuat susulan laporan yang dibuat oleh pengadu pada 8 November lalu yang mendakwa telah diganggu seorang lelaki di dalam LRT dan isu ini telah mendapat liputan luas di dalam media sosial.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.
"Rapid KL selaku operator kepada perkhidmatan LRT, Monorel, BRT dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang", tambah Lim lagi.
Menurutnya, sekiranya ada penumpang terlihat atau menjadi mangsa jenayah sila laporkan dengan kadar segera kepada anggota Polis Bantuan yang bertugas di stesen.
Kerjasama dari pengguna, katanya, amat dihargai bagi membanteras jenayah di Kuala Lumpur khususnya dalam pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#LRT
#Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT)
#polis
#Polis Bantuan Prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan