awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran gesa PBB bertindak susulan serangan ke atas loji nuklear
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kedua kes samun kedai dobi ditahan

Bernama
Bernama
17/09/2018
06:34 MYT
Suspek kedua kes samun kedai dobi ditahan
Suspek lelaki berusia 20 tahun itu (tengah) ditahan di tepi jalan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang pada 7 pagi semalam.
Polis menahan suspek kedua kes samun seorang wanita di premis dobi layan diri dan samun di kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam di Sungai Petani Selasa lepas.
Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata suspek lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di tepi jalan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang pada 7 pagi semalam.
Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim.
Abd Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas program Penilaian Anugerah Inovasi PDRM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana, di sini, hari ini.
BACA: Suspek pegang parang samun kedai dobi dicekup selepas ibu merayu
Pada Khamis, suspek utama berusia 21 tahun ditahan bersama-sama isterinya yang berusia 30 tahun ketika datang dengan ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk menyerah diri.
Isteri suspek turut ditahan kerana berada di dalam kereta yang dinaiki suspek ketika melakukan jenayah itu.
Dalam kejadian itu, dua suspek lelaki berkenaan menyamun seorang pelanggan wanita berusia 37 tahun pada jam 7 pagi di kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Puteri Jaya, Sungai Petani, membabitkan kerugian RM10,000.
Selang 15 minit kemudian, mereka didakwa menyamun sebuah kedai runcit dan sebuah kedai serbaneka 24 jam. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Abd Rahim Jaafar
#Balkhis Abdul Halim
#dobi
#kedai dobi layan diri
#kedai runcit
#samun
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan