awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2023
08:52 MYT
Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas
Salah seorang suspek juga dikatakan sempat berswafoto bersama pekerja kedai terbabit.- Foto ihsan pembaca
KAJANG: Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek merupakan lelaki warga tempatan.
"Kedua-dua suspek berumur 31 dan 32 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat(D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.
"Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari itu turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod melibatkan kes jenayah dan dadah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.
Kedai Sebaneka: Remaja cedera ditumbuk suspek samun payung
BACA: Berswafoto selepas samun, cederakan pekerja kedai serbaneka
Sebelum itu seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Semenyih dilaporkan cedera dipukul dalam kejadian pada Selasa.
Mangsa dipukul kerana mendakwa suspek bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.
Salah seorang suspek juga dikatakan sempat berswafoto bersama pekerja kedai terbabit.
Mangsa yang mengalami kecederaan di muka mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes samun
#pekerja kedai serbaneka
#Semenyih
#suspek ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan