awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
04:25 MYT
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mengikut pertuduhan, Mohd Firadaus didapati gagal selepas 14 hari dari tarikh award diserahkan, untuk mematuhi award TTPM bertarikh 27 Jun 2023 yang dibuat di Pejabat TTPM Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Pengarah syarikat agensi pelancongan dan umrah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas empat pertuduhan gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada dua individu berjumlah RM41,920, Julai tahun lalu.
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, orang kena saman (OKS) didapati telah gagal selepas 14 hari dari tarikh award diserahkan untuk mematuhi award TTPM bertarikh 27 Jun 2023 yang dibuat di Pejabat TTPM Negeri Sembilan yang memerintahkannya supaya membayar masing-masing RM14,040 kepada Norma Said dan RM27,880 kepada Azlina Umar yang menuntut tuntutan itu.
Selain itu OKS yang merupakan Pengarah Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd turut didakwa melakukan kesalahan sama.
Perbuatan itu dilakukan di syarikat itu di premis beralamat di Taman Ostia Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 26 Julai 2023.
Berikutan itu OKS telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya kesalahan yang berterusan, boleh sebagai tambahan kepada penalti boleh didenda tidak kurang daripada RM100 dan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mahkamah menetapkan 22 Februari depan untuk fakta pertuduhan dan hukuman.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Khairul Azman Rosli manakala OKS tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#saman
#agensi pelancongan
#umrah
#award TTPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan