awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur
16 cedera, bekas pelajar lepas lepas tembakan di sekolah di Turki
Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan tempatan tidak batal penerbangan susulan gempa bumi Myanmar

Bernama
Bernama
28/03/2025
22:45 MYT
Syarikat penerbangan tempatan tidak batal penerbangan susulan gempa bumi Myanmar
Malaysia Airlines mengesahkan tiada gangguan yang berlaku kepada penerbangannya susulan gempa bumi berkenaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia tidak membatalkan mana-mana penerbangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat.
Bercakap kepada Bernama, AirAsia mengesahkan bahawa tiada penerbangan harian ke Myanmar dan Thailand dibatalkan, dengan Thailand turut merasakan gegaran itu.
Sementara itu, Batik Air Malaysia turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada penerbangan dibatalkan.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu dilaporkan mengalami sedikit kelewatan akibat gempa bumi berkenaan dan kini kembali beroperasi seperti biasa.
Kedua-dua syarikat penerbangan itu memaklumkan sedang memantau rapat keadaan berkenaan dan akan memberikan maklumat terkini seterusnya sekiranya perlu.
Malaysia Airlines turut mengesahkan tiada gangguan yang berlaku kepada penerbangannya susulan gempa bumi berkenaan.
Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari (06:20:54 GMT).
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 16 kilometer di utara barat laut Sagaing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#penerbangan
#batal
#kelewatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan