awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pengawal keselamatan digesa menyemak data pekerja

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2013
15:35 MYT
Syarikat pengawal keselamatan digesa menyemak data pekerja
Kesemua 751 syarikat keselamatan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyemak maklumat peribadi pekerja bagi mengelak pemalsuan pengenalan diri.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran syarikat berkenaan akan menanggung implikasi buruk sekiranya gagal berbuat demikian.
Tegas beliau kdn tidak akan teragak-agak membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang tidak mematuhi peraturan.
“Jadi jangan terlambat sebagaimana yang mereka lakukan di mana syarikat itu terpaksa dibatalkan lesennya dan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pekerja-pekerja oleh sebab itu untuk menjaga kepentingan pekerja pastikan syarikat memantau dan menyemak dengan baik semua butiran dan maklumat-maklumat peribadi pegawai dan pekerja syarikat kawalan ini," kata Zahid.
Katanya mengikut undang-undang, KDN hanya mengizinkan warganegara Malaysia atau Nepal diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Menurut Ahmad Zahid, KDN telah menjalankan Ops ID secara besar-besaran di seluruh negara bermula 29 Oktober lepas.
Sebanyak 282 pengawal keselamatan telah diperiksa dan lima ditahan kerana menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain.
Sementara itu dua daripada mereka dihadapkan ke mahkamah sepang dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.
Ops ID dilancarkan ekoran seorang pegawai bank ditembak mati pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu pada 23 okt lepas.
Topic Berkaitan
#ID
#mykad
#Ops ID
#Pekerja
#pengawal keselamatan
#Zahid Hamidid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan