awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq antara yang tersenarai dalam "30 and Under, Young Asians To Watch"

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
21/12/2020
14:28 MYT
Syed Saddiq antara yang tersenarai dalam "30 and Under, Young Asians To Watch"
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar turut berjanji akan menggunakan posisi dan apa yang dimilikinya untuk membina negara Malaysia. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui teruja dan gembira selepas tersenarai dalam “30 and Under, Young Asians To Watch" oleh The Straits Times Singapura.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar turut berjanji akan menggunakan kedudukan dan apa sahaja yang dimilikinya untuk membina negara Malaysia.
“Kepada rakyat Malaysia, jika saya salah, tegurlah saya. Jika saya sombong, hukumlah saya. Saya berjanji akan gunakan posisi dan apa yang saya ada untuk membina negara Malaysia,”
“Jalan Tegak Malaysia!” tambah beliau lagi.
Jelasnya, kejayaan itu adalah bukti jika niat dan prinsip dalam diri adalah betul, mana-mana individu yang tiada latar belakang keluarga politik atau pengaruh juga boleh melakukan perubahan.
Sumber Facebook syedsaddiqofficial
Selain Syed Saddiq, ahli gusti profesional Malaysia, Nor Diana dan pengasas Refugee for the Refugees, Heidy Quah turut tersenarai.
The Straits Times Singapura menerbitkan senarai itu bagi memberi penghormatan kepada 30 individu berpengaruh di Asia yang mempunyai pelbagai pencapaian, sama ada ciptaan yang memenangi anugerah mahupun idea perniagaan yang bijak.
Sebahagian terdiri daripada nama besar yang memberi inspirasi kepada orang lain manakala yang lain mengabdikan diri untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Parlimen
#politik
#Muar
#bekas Menteri Belia dan Sukan
#KBS Malaysia
#rakyat Malaysia
#Belia
#sukan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan