awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Memaknai pengalaman kampus untuk kehidupan sebenar
Operasi pembenihan awan berjaya, hujan dikesan di Perak
UCL: PSG sepatutnya menang lebih besar ke atas Liverpool
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas di pusingan pertama BAC 2026

Bernama
Bernama
08/04/2026
15:31 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas di pusingan pertama BAC 2026
Sze Fei-Nur Izzuddin (gambar) tewas kepada Chaloempon Charoenkitamorn-Worrapol Thongsa-nga dari Thailand 22-24, 21-18, 11-21. - Gambar fail/BERNAMA
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa pulang awal kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 apabila tewas di pusingan pertama di Ningbo, China pada Rabu.
Aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo menyaksikan pilihan ketujuh kejohanan itu ditumpaskan gandingan Thailand Chaloempon Charoenkitamorn-Worrapol Thongsa-nga dalam perlawanan sengit 22-24, 21-18, 11-21.
Sementara itu, seorang lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tumpas kepada gandingan China He Ji Tang-Ren Xiang Yu 18-21, 18-21.
Berbeza nasib dengan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan pasangan Hong Kong Fan Ka Yan-Yau Mau Ying 21-14, 21-11.
Menanti Pearly-Thinaah di pusingan kedua adalah pasangan Taiwan, Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun.
Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain India Tanvi Sharma dalam perlawanan straight set 21-19, 21-14.
Letshanaa akan membuat perhitungan dengan wakil Korea Selatan Sim Yu Jin yang menewaskan pilihan kelima dari China, Han Yue 16-21, 21-10, 21-15.
Seorang lagi wakil perseorangan wanita negara Goh Jin Wei terlepas peluang mara selepas dikecewakan pencabar Jepun Tomoka Miyazaki 12-21, 15-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAC
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#China
#Pearly Tan-M.Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan