awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS jumpa PM esok, bentang syor tangani kontena e-waste
Kebakaran hutan di Puncak Jalil libatkan hampir sehektar, operasi pemadaman masih dijalankan
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Kasih@HAWANA bantu 669 pengamal media, dana hampir RM2 juta disumbangkan - Teo

Bernama
Bernama
11/03/2026
09:02 MYT
Tabung Kasih@HAWANA bantu 669 pengamal media, dana hampir RM2 juta disumbangkan - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan kepada bekas penyunting berita Harian Metro, Pahmi Mat Ali (dua kiri), pada program penyampaian sumbangan Tabung Kasih@HAWANA di PPR Gombak Setia hari ini. - Foto BERNAMA
Seramai 669 pengamal media dan bekas wartawan di seluruh negara telah menerima manfaat sumbangan Tabung Kasih@HAWANA dengan hampir RM2 juta dana disalurkan sejak inisiatif itu diperkenal pada 2023.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata inisiatif itu, yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan komuniti media khususnya mereka yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata dalam tempoh kurang tiga tahun, Tabung Kasih@HAWANA berjaya mendekati dan membantu ratusan pengamal media yang berdepan kesempitan hidup mahupun masalah kesihatan.
“Pada tahun pertama ia diperkenal, seramai 28 penerima telah dibantu dengan jumlah sumbangan sebanyak RM45,000 dan jumlah penerima meningkat kepada 229 orang pada 2024, dengan jumlah sumbangan yang disalurkan sebanyak RM648,490.
“Pada 2025, jumlah ini sekali lagi meningkat kepada 349 penerima dengan jumlah sumbangan RM1.059 juta dan untuk tahun ini... setakat 11 Mac, kita sudah mempunyai 63 penerima melibatkan sumbangan RM110,000 disalurkan,” katanya.
Teo berkata demikian selepas menziarahi dan menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas penyunting Harian Metro Pahmi Mat Ali yang kini diuji dengan masalah kesihatan di kediamannya di Gombak Setia di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
Teo juga berkata inisiatif itu akan dipergiat dalam tempoh dua minggu menjelang sambutan Aidilfitri bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.
Pada masa sama, beliau menyeru syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tampil menjalinkan kerjasama atau menyumbang kepada tabung berkenaan bagi membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan kepada petugas media yang berdepan kesempitan hidup.
“Sekiranya ada GLC atau syarikat swasta yang ingin menyumbang kepada tabung ini, kami amat mengalu-alukan kerjasama tersebut.
“Apabila dana tabung semakin besar, kami dapat membantu lebih ramai penerima... malah bagi kes yang benar-benar memerlukan bantuan lebih besar, kami juga berupaya menyalurkan jumlah sumbangan yang lebih tinggi,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Kasih
#Hawana
#pengamal media
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan