awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung #Sinar4NZMartyrs: Rakyat tak henti menderma

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2019
02:05 MYT
Tabung #Sinar4NZMartyrs: Rakyat tak henti menderma
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.
Keikhlasan rakyat negara ini yang terus menyumbang kepada tabung khas #Sinar4NZMartyrs yang diwujudkan Sinar Karangkraf bukti bahawa kejadian tembakan pengganas di Christchurch, New Zealand benar-benar menyentuh hati.
Sejak dilancarkan pada 16 Mac lalu, kutipan derma setiap hari mencatatkan peningkatan dan setakat Sabtu, sejumlah RM125,602.95 berjaya dikumpulkan.
Bagaimanapun, pada Jumaat, sejumlah RM93,000 hasil sumbangan telah diserahkan kepada mangsa dan pihak berkaitan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang berangkat ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia.
Usaha Sinar Harian mewujudkan tabung khas #Sinar4NZMartyrs bukan sahaja menarik perhatian masyarakat malah turut mendapat sokongan di kalangan selebriti iaitu Afdlin Shauki.
"Alhamdulillah, ini adalah satu usaha baik yang dilakukan terhadap mangsa-mangsa tembakan di sana. Mungkin dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa dan komuniti masyarakat Islam di sana.
"Selain wang ringgit, mungkin orang ramai juga boleh turut menyumbangkan doa agar semua mangsa yang terselamat serta saudara Islam kita di sana sentiasa dilindungi," katanya.
Afdlin yang turut aktif dalam program misi-misi kemanusiaan ini turut meluahkan perasaan sedih atas apa yang berlaku dan mengharapkan supaya semua umar Islam bersabar atas dugaan tersebut.
"Saya amat sedih melihat apa yang berlaku. Kejadian ini menunjukkan semakin lama, manusia di dunia ini sudah menjadi lebih ekstrim padahal dalam Islam mahukan kita sentiasa hidup dalam kesederhanaan yang mana juga menuntut kita supaya hidup dalam harmoni sesama manusia termasuk bukan Islam.
"Dalam hal ini memang kita perlu mengutuk habis-habisan keganasan yang berlaku tapi dengan cara bersabar dan mencari jalan yang tidak memerlukan keganasan seperti mana yang digambarkan keindahan Islam," katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#Christchurch
#Islam
#keganasan
#Malaysia
#mangsa
#misi kemanusiaan
#Mujahid Yusof
#New Zealand
#pengganas
#Sinar Harian
#Sinar Karangkraf
#Sinar4NZMartyrs
#tabung khas
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan