awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas, kekasih atas riba ke penjara, mengaku salah pandu bahaya
Pelaburan Google dalam SpaceX boleh cecah AS$100 bilion menjelang IPO
Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.7 peratus pada Mac 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan Pakistan bolos dipercayai masih dalam negara

Bernama
Bernama
12/04/2026
05:26 MYT
Tahanan Pakistan bolos dipercayai masih dalam negara
Usaha mengesan suspek, Muhammad Hassan, 24, kini giat dijalankan dengan tumpuan pencarian dilakukan di seluruh negara. - Gambar/ PDRM

Tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, Selangor Khamis lepas, dipercayai masih berada di dalam negara.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata usaha mengesan suspek, Muhammad Hassan, 24, kini giat dijalankan dengan tumpuan pencarian dilakukan di seluruh negara.
"Suspek masih belum ditangkap, polis masih dalam tindakan mencari dan mengesan lelaki tersebut. Skop pencarian suspek masih dalam negara," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pemeriksaan di semua pintu sempadan negara diperketatkan bagi mengelakkan suspek melarikan diri ke luar negara.
Lelaki itu melarikan diri daripada kawalan polis di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh pada 6 petang selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.
Suspek yang berdepan pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak serta kesalahan imigresen itu, kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan seluar panjang hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhendran Chandra menerusi talian 010-4304383 atau Hotline Bilik Operasi Search and Capture (SAC) 03-61401096.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kes tahanan lolos
#punca tahanan terlepas
#warga Pakistan
#Penjara Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan