awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan reman dua suspek disyaki tetak isteri 'Datuk' disambung

Bernama
Bernama
24/12/2015
06:53 MYT
Tahanan reman dua suspek disyaki tetak isteri 'Datuk' disambung
Polis masih meneruskan siasatan ke atas kedua-dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun yang ditahan reman sejak Jumaat lepas, dan penahanan mereka kini dilanjutkan sehingga Rabu depan.
Tahanan reman terhadap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menetak seorang wanita warga emas dengan parang sehingga maut di Taman Lake View, pada 11 Dis lepas, disambung enam hari lagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa berkata polis masih meneruskan siasatan ke atas kedua-dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun yang ditahan reman sejak Jumaat lepas, dan penahanan mereka kini dilanjutkan sehingga Rabu depan.
"Majistret Rosnee Mohd Redzuan membenarkan polis menyambung tahanan reman suspek selama enam hari lagi bermula esok hingga 30 Dis ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki berusia 57 tahun yang juga ditahan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Dalam kejadian 11 Dis lepas, seorang wanita berusia 68 tahun, dipercayai isteri kedua kepada pesara bergelar 'Datuk' maut selepas ditetak dengan parang di rumahnya pada 7.30 malam.
Topic Berkaitan
#Datuk
#Lake View
#reman
#Tetak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan