awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taib berundur, umum pengganti dua hari lagi

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2014
11:26 MYT
Taib berundur, umum pengganti dua hari lagi
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur dari jawatannya dan akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa "dua hari lagi".
Pengundurannya itu dimaklumkan oleh Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar selepas mesyuarat lima jam Majlis Tertinggi parti itu hari ini.
Menurut Mohamad Asfia, mesyuarat itu telah memberi mandat sepenuhnya kepada Abdul Taib untuk menamakan calon penggantinya.
Sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan Abdul Taib kepada Sarawak, mesyuarat itu juga mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Salahuddin Abang Barieng yang akan tamat tempoh jawatan pada 28 Februari ini.
Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sarawak menyatakan kuasa melantik Yang Dipertua Negeri Sarawak terletak ditangan Yang DiPertua Agong mengikut budi bicara selepas berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak.
Dan untuk menjadi Yang Dipertua Negeri, Abdul Taib dijangka melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian sekaligus menjangkakan kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan dilantik terlebih dahulu sebelum berlakunya perlantikan Yang Dipertua Negeri menggantikan penyandang jawatan itu sekarang.
Abdul Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981.
Ikuti video sidang akhbar Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Sarawak
#Parti Pesaka Bumiputera
#PBB
#Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan