awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taib disambut meriah sebagai YDP Sarawak baharu

Bernama
Bernama
01/03/2014
00:00 MYT
Taib disambut meriah sebagai YDP Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu Tan Sri Abdul Taib Mahmud diberi sambutan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini malam tadi.
Pesawat khas yang membawa Taib dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib dari Kuala Lumpur mendarat di sini pada pukul 8.50 malam, sebelum mereka disambut kira-kira 1,000 orang di landasan lapangan terbang.
Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang sebelum ini mengukir sejarah dalam negeri kerana menjadi Ketua Menteri kelima, mengetuai pembesar-pembesar tempatan menyambut kepulangan Taib.
Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Taib di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Adenan.
Topic Berkaitan
#Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan