awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak beradab, memalukan!' - PDRM tegur sikap pemandu rakam kemalangan demi likes

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
26/05/2019
06:38 MYT
'Tak beradab, memalukan!' - PDRM tegur sikap pemandu rakam kemalangan demi likes
Setujukah anda jika PDRM lakukan langkah yang sama? -Gambar fail
SIKAP pemandu yang sengaja memperlahankan kenderaan apabila terlihat kejadian kemalangan bukan fenomena luar biasa.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai menunjukkan sikap prihatin, namun tindakan memperlahankan kenderaan semata-mata untuk mengambil gambar atau video untuk disebarkan di media sosial hanya mengundang bahaya dan mengganggu kelancaran lalu lintas.
Melihat kepada isu ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Instagram mereka hari ini memuat naik klip video yang memaparkan tindakan polis di luar negara dalam menangani perlakuan tidak disenangi ini.
Di dalam klip itu, seorang anggota polis Jerman bertindak menjemput pemandu yang tidak beretika untuk melihat sendiri keadaan mangsa dan seterusnya merakam gambar atau video secara lebih dekat dan jelas.
PDRM dalam posting itu mengutarakan isu berkenaan dan persoalan kepada pembaca sama ada tindakan sama patut dilakukan di sini demi mendidik pemandu yang 'tidak beradab' ini.
"Apa kata anda? Setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ramai di kalangan pengguna yang akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.
"Ada segelintir mereka ini yang mengambil gambar atau video insiden untuk dimuat naik ke dalam media sosial. Perbuatan yang langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat itu sangat tidak beradab dan memalukan.
"Bagi mengajar golongan yang suka mengejar 'likes' ini, Polis Jerman menggunakan pendekatan menarik dengan membawa mereka untuk melihat sendiri mangsa secara dekat.
"Pada anda, perlukah PDRM menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan mendidik?"
View this post on Instagram
APA KATA ANDA? Setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ramai di kalangan pengguna yang akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku. Ada segelintir mereka ini yang mengambil gambar atau video insiden untuk dimuatnaik ke dalam media sosial. Perbuatan yang langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat itu sangat tidak beradab dan memalukan. Bagi mengajar golongan yang suka mengejar 'likes' ini, Polis Jerman menggunakan pendekatan menarik dengan membawa mereka untuk melihat sendiri mangsa secara dekat. Pada anda, perlukah PDRM menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan mendidik? Sumber video: https://www.facebook.com/BR24/videos/1104550543058740/UzpfSTgyMDIzNTM1NjoxMDE2MTg3MDYxMzI5NTM1Nw/
A post shared by Polis Diraja Malaysia (@pdrmsia_official) on
May 25, 2019 at 5:59pm PDT
Jadi, setujukah anda jika PDRM lakukan langkah yang sama? Komen di bawah atau di Facebook Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Instagram
#Jerman
#kemalangan
#media sosial
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan