awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak cukup rumah dan kedai, lelaki pecah masuk PPV pula

Bernama
Bernama
26/10/2021
08:07 MYT
Tak cukup rumah dan kedai, lelaki pecah masuk PPV pula
Hasil maklumat dan risikan, polis kemudiannya menahan lelaki berumur 33 tahun Khamis lepas, di Kampung Sri Lumpur di sini, pada pukul 2.45 petang.
MERSING: Tidak cukup dengan memecah rumah dan kedai di sekitar daerah ini, seorang lelaki bertindak memasuki pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan di sini dan mencuri beberapa kelengkapan berharga di premis itu, pada 16 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.15 pagi hari yang sama.
Hasil maklumat dan risikan, polis kemudiannya menahan lelaki berumur 33 tahun itu Khamis lepas, di Kampung Sri Lumpur di sini, pada pukul 2.45 petang.
"Antara barangan yang dirampas dan dipercayai dicuri di PPV itu adalah dua buah monitor jenama HP, sebuah unit pemprosesan pusat (CPU) jenama HP, sebuah televisyen jenama Hisense, sebuah 'stand monitor' dan sebuah pendingin hawa mudah alih jenama Midea berserta pelbagai barangan lain yang disyaki hasil jenayah yang dilakukan suspek.
"Turut dirampas dadah jenis heroin kira-kira seberat 0.49 gram dan dadah jenis metamphetamine seberat 0.22 gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing di sini hari ini.
Cyril berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod lampau bagi kes jenayah serta lapan bagi kes narkotik.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan melakukan kegiatan jenayah secara berkumpulan dan polis kini sedang giat mengesan saki-baki kumpulan terbabit.
Beliau percaya dengan penangkapan lelaki itu, pihaknya telah berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan kedai di daerah ini.
Lelaki itu kini direman tujuh hari hingga esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 379 A KK serta Seksyen 12 (3) Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPV
#pecah masuk
#Mersing
#rompak PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan