awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takiyuddin selamat jalani angiogram, doakan beliau cepat sembuh - Tuan Ibrahim

Fareez Azman
Fareez Azman
02/08/2021
03:26 MYT
Takiyuddin selamat jalani angiogram, doakan beliau cepat sembuh - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim memaklumkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan selamat menjalani prosedur angiogram di sebuah hospital di ibu kota. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddn Hassan selamat menjalani prosedur melibatkan jantung di sebuah hospital pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu entri terbaharu di akaun Facebooknya sebentar tadi.
"Saya baru menghubungi YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan pagi ini.
"Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau maklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran yang tersumbat.
"Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini.
"Teruskan doa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya," tulis Tuan Ibrahim.
Sumber Facebook titmpas
Terdahulu, Takiyuddin dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas mengalami masalah kesihatan jantung.
Beliau difahamkan menjalani prosedur angiogram selama tiga jam di sebuah hospital di Lembah Klang dan kini berada dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#jantung
#masalah kesihatan
#stent
#prosedur jantung
#angiogram
#sten
#Hospital
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan