awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taktik penipuan guna nama ADUN aktif di WhatsApp

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2023
07:40 MYT
Taktik penipuan guna nama ADUN aktif di WhatsApp
Mohd Najwan kongsi taktik penipuan guna nama ADUN melalui WhatsApp. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Taktik penipuan yang menyalahgunakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis dikesan aktif di aplikasi WhatsApp.
Perkara itu dikongsi Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi di laman X selepas menerima satu hantaran menerusi aplikasi tersebut pada malam tadi.
"Entah scammer mana menyamar jadi ADUN Rembia nak menipu malam-malam buta ni," kongsi Mohd Najwan dalam satu hantaran di laman X pada Rabu malam.
Berdasarkan perkongsian tangkap layar Mohd Najwan yang juga ADUN Kota Anggerik, individu yang menggunakan nama Muhamad Jailani itu mahu meminjam sejumlah wang daripadanya.
Bagaimanapun, beliau tidak memasukkan wang yang diminta sebanyak RM1,500 yang didakwa untuk digunakan bagi pembayaran kereta sebaliknya mempermainkan individu terbabit.
Mohd Najwan turut meminta individu terbabit bekerja untuk mendapatkan duit dan bukannya melakukan penipuan seperti itu sebelum berkongsi tangkap layar perbualan mereka di laman X.
Perkongsian Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri itu juga sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan individu yang dipercayai menyamar sebagai ADUN Rembia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#scam
#guna nama ADUN
#Adun Rembia
#Muhamad Jailani Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan