awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takut replika senjata petanda jahil - Hadi Awang

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/02/2023
12:02 MYT
Takut replika senjata petanda jahil - Hadi Awang
Kata Abdul Hadi, umat Islam golongan yang paling beradab dalam menggunakan senjata, kerana hukum syariat Islam itu sendiri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sikap pilih kasih atau 'double standard' yang diamalkan negara penjajah menjadi punca mengapa kemampuan umat Islam dalam aspek teknologi persenjataan menjadi terhad.
Dalam tulisan yang dimuat naik ke akaun Facebook, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, situasi ini terpakai termasuk untuk Malaysia.
Jelas Abdul Hadi, penjajah dibolehkan memiliki semua senjata, termasuklah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa, namun menguatkuasakan undang-undang bagi mengharamkan penggunaan senjata kepada penganut Islam.
"Begitulah yang dilakukan di Palestin ketika dijajah British supaya mereka menyerahkan tanah air kepada Yahudi Zionis mengikut terma dalam Perjanjian Balfour 1917.
"Mereka sendiri dalam keadaan bersenjata, tetapi sebaliknya rakyat Palestin pula diharamkan memiliki senjata.
"Pada zaman penjajah dahulu, polis Melayu diberikan senjata belantan kayu, manakala polis berbangsa Inggeris pula diberikan pistol. Demikianlah umat Islam begitu sekali dihina," katanya.
Beliau menambah, walaupun Islam menggalakkan dan mendahulukan perdamaian, namun Allah SWT dan Rasulullah SAW mewajibkan umat Islam agar sentiasa bersedia dengan senjata yang sesuai.
Tegasnya lagi, jika ada orang Islam yang merasa risau melihat replika kayu atau plastik yang tidak boleh membunuh berada di tangan orang Islam, ia menunjukkan mereka sangat jahil.
"Umat Islam golongan yang paling beradab dalam menggunakan senjata, kerana hukum syariat Islam telah menentukan sempadan dosa dan pahala dalam semua perkara.
"Hal ini berbeza sama sekali dengan agama dan ideologi ciptaan manusia yang sangat lemah, sehingga menyebabkan berlaku kadar jenayah yang tidak terkawal sesama mereka, termasuklah sanggup membunuh diri sendiri," tulisnya.
Terdahulu, Pas menerima kecaman kerana mengenakan pakaian perang dan replika senjata ketika perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) baru-baru ini.
Ketua Pemuda Pas Terengganu Mohd Harun Esa berkata, pemakaian seragam perang bersertakan replika senjata oleh peserta program hanya dibuat untuk memenuhi tema perarakan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#senjata
#replika senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan