awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan 90 hari selepas PKP tamat untuk urusan pendaftaran, kematian - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/04/2020
06:35 MYT
Tambahan 90 hari selepas PKP tamat untuk urusan pendaftaran, kematian - Ismail Sabri
Bagi rakyat Malaysia di luar negara, tempoh yang sama iaitu 90 hari diberikan selepas tamat PKP di negara masing-masing.
Tempoh lanjutan 90 hari akan diberikan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk urusan yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, Ahli Parlimen Bera itu berkata, urusan itu merangkumi pendaftaran bayi baru lahir dan kematian.
“Disebabkan kawalan pergerakan PKP, kerajaan faham semua urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi warganegara Malaysia tertangguh.
"Justeru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran selama 90 hari selepas tempoh PKP ditamatkan dan KDN juga telah membuat keputusan bayaran penalti dikecualikan,” katanya lagi.
Khusus untuk mereka yang kehilangan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, Ismail Sabri berkata, mereka boleh menghubungi JPN dan adakan temu janji dengan pegawai pendaftaran negara.
Bagi rakyat Malaysia di luar negara yang turut mempunyai masalah yang serupa, tempoh yang sama iaitu 90 hari diberikan selepas tamat PKP di negara masing-masing.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Jabatan Pendaftaran Negara
#kad pengenalan
#Kementerian Dalam Negeri
#kluster keselamatan
#koronavirus
#Media
#Menteri Kanan
#Putrajaya
#sijil kelahiran
#sijil kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan