awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan bola sepak wanita Iran tiba di Kuala Lumpur
Konflik Asia Barat: Serangan di Iran tidak capai tahap ‘hari paling sengit’ seperti diancam Hegseth
Ringgit dibuka tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, tidak berubah berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamim Dahri dakwa hanya alih besi tajam, berkarat

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2026
00:16 MYT
Tamim Dahri dakwa hanya alih besi tajam, berkarat
(Gambar kanan) Besi tajam dan berkarat yang dialihkan oleh Tamim Dahri (kiri) hingga mencetuskan kontroversi. - Foto Sinar Harian
Aktivis masyarakat, Tamim Dahri Abdul Razak menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu dengan merosakkan sebatang besi ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
Menurut Tamim Dahri, dia tidak menyedari besi tajam yang dialihkan itu merupakan simbol agama kerana telah terbiar dan berkarat.
"Aku ke Langkawi beberapa hari lepas, saja nak berjalan melepas tekanan selepas kerja data di HBM.
"Niat asal nak meneroka tempat-tempat 'rare' dekat sana, aku sewa kereta dan pusing sekeliling pulau, sampai satu tempat berdekatan gua-gua," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Katanya, objek itu disedari selepas singgah di kawasan berdekatan gua dan memberi monyet liar makan.
"Aku ternampak ada batang besi konkrit yang tajam, tidak terfikir langsung itu adalah lambang keagamaan memandangkan ia hanya besi berkarat yang tajam.
"Itu juga bukan rumah anutan kerana tiada bangunan dan kawasan sekitar adalah lapang," jelas Tamim Dahri.
Tambahnya, perbuatan mengalihkan benda yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
Dalam pada itu Tamim Dahri juga memuat naik gambar yang menimbulkan kontroversi itu yang didakwanya berbeza dengan trisula sebenar.
Media sebelum ini melaporkan Tamim Dahri sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas muncul klip video yang didakwa menunjukkan dirinya menghina simbol suci Hindu.
Rakaman itu memaparkan dia memijak trisula atau tombak bercabang tiga yang dikenali sebagai soolam di kawasan terbuka yang tidak dikenal pasti.
Kemunculan klip video berkenaan mengundang kemarahan penganut Hindu dengan beberapa laporan polis dibuat sejak beberapa hari lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#besi tajam dan berkarat
#simbol agama
#Tamim Dahri
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan