awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan PPDA masuk ke ‘lubang’, teruskan usaha cari mangsa

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/08/2024
13:48 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan PPDA masuk ke ‘lubang’, teruskan usaha cari mangsa
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibawa masuk ke dalam lokasi mendapan bagi meneruskan usaha mencari mangsa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijayaletchumy, 48, diteruskan pada Rabu malam.
Tinjauan Astro AWANI mendapati masih ramai petugas keselamatan yang terlibat dalam operasi SAR berada di lokasi kejadian.
Difahamkan, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dibawa masuk ke dalam lokasi mendapan bagi meneruskan usaha mencari mangsa.
Media dimaklumkan hanya dua anggota dibenarkan masuk pada satu-satu masa dalam pembetung yang berdiameter 1.5 meter berkenaan.
Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan tidak banyak petunjuk yang ada meskipun pelbagai usaha dilakukan, termasuk dengan bantuan teknologi.
Sementara itu, Jalan Masjid India di Kuala Lumpur ditutup pada Rabu kepada semua kenderaan susulan mendapan tanah dikesan berlaku berdekatan sebuah pondok polis iaitu pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus, baru-baru ini.
Pita kuning Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dipasang sepanjang jalan dari Masjid India hingga Maybank di Jalan Bunus.
Bagaimanapun, pejalan kaki masih dibenar melalui sebahagian jalan itu yang tidak terjejas manakala kedai di kawasan sekitar dibuka seperti biasa.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Jalan Masjid India
#operasi sar
#Pasukan Penyelamat Di Air
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan