awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah perkampungan asal harus disukat dan diiktiraf - Abang Johari

Bernama
Bernama
29/09/2019
12:52 MYT
Tanah perkampungan asal harus disukat dan diiktiraf - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bergambar bersama para penerima selepas menyampaikan Surat Hak Milik Tanah Menurut Seksyen 18 Kanun Negeri Bagi Penduduk Kampung Kudei Baru hari ini. - Foto BERNAMA
Tanah di perkampungan asal harus disukat dan diiktiraf sebagai tanah adat bumiputera, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, tanah itu juga harus mempunyai geran dan tidak boleh dijual ataupun dikategorikan sebagai tanah "mix-zones" bagi menjamin hakmilik sepenuhnya ke atas lot kediaman di kampung yang telah lama wujud.
"Tanah tradisi yang saya maksudkan ini adalah tanah atau perkampungan yang sudah wujud sebelum tahun 1958, maka penduduk kampung layak mendapat geran tanah untuk lot kediaman mereka.
"Itu antara dasar terbaharu Kerajaan Negeri dalam usaha menjaga dan mengekalkan tanah adat bumiputera. Justeru itu, kerajaan mewujudkan Yayasan Amanah Satok untuk menjaga kedudukan tanah adat," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di sini, hari ini.
Abang Johari berkata, setakat ini di kawasan Kuching sahaja, 18,000 geran tanah asal telah diberikan kepada pemilik tanah.
Katanya, melalui pengukuran tanah yang dilaksanakan, sempadan tanah menjadi jelas dan diketahui bagi mengelakkan sebarang pencerobohan dan pertikaian.
Pada majlis itu, 59 surat Hakmilik Tanah diserahkan kepada penduduk Kampung Kudei Baru untuk kegunaan kediaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Kanun Tanah Negeri
#Ketua Menteri Sarawak
#mix-zones
#perkampungan asal
#surat Hakmilik Tanah
#tanah
#tanah adat bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan